Iman Troye kemalangan, akui masih trauma

9 Nov 2023 • 6:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar perkongsian Iman menerusi Insta Story miliknya.

image is not available
Iman Troye masih trauma untuk memandu akibat kemalangan lebih seminggu lalu.

PENYANYI Iman Troye berkongsi berita duka mengenai dirinya yang mengalami kemalangan jalan raya pada hari pertama bulan November.

Jelas Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin itu, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan parah dan hanya keretanya rosak.

**media[2418370]**

"Saya kemalangan baru-baru ini. Hujan lebat dan jalan licin, jadi kereta hilang kawalan.

"Alhamdulillah selamat, tak ada kecederaan teruk cuma kepala terhentak ke tingkap kereta, kaki bengkak dan telinga kanan berdesing.

"Lepas berdesing terus tak dengar apa-apa. Esoknya, pendengaran kanan saya kurang dari kiri. Namun, sekarang alhamdulillah semuanya baik sahaja.

"Cuma Baby Noah (kereta) sudah ‘tempang’," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Tambah penyanyi berusia 20 tahun itu, selepas kemalangan, dia berasa trauma untuk memandu.

"Sekarang memang tak berani nak memandu sendiri. Memang 100 peratus bergantung pada perkhidmatan e-hailing, keluarga atau rakan (untuk bergerak ke mana-mana)," jelasnya.