Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia

25 Nov 2022 • 2:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10!

Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia. Setelah lima hari selesai pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan teka teki siapa yang bakal mengemudi Malaysia untuk penggal seterusnya, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Mari kita mengambil tahu tentang legasi yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Malaysia sejak tahun 1968 – 1989. Jom sambung baca di bawah:

image is not available
Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia. Sumber gambar: CNA

Tetapi sebelum itu, mari kita lihat profil PM kita ini.

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim berumur 75 tahun, merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

  • Memulakan kerjaya politik sebagai salah seorang pengasas organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  • Mula berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 1982 hingga 1999 dan sekali lagi pada Ogos 2008 hingga Mac 2015
  • Antara jawatan yang pernah disandang adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-1983), Menteri Belia dan Sukan (1983-1985), Menteri Pertanian (1985-1986), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998), Timbalan Perdana Menteri (1993-1998)

image is not available
Sumber: Twitter

1. Menubuhkan Yayasan Anda Akademik (1971)

Salah satu sumbangan besar Anwar Ibrahim melalui usaha pendidikan adalah penubuhan Yayasan Anda Akademik.

YAA telah dipelopori oleh saudara Anwar Ibrahim pada bulan Mac 1971 merupakan sebuah institusi pendidikan swasta Islam-Melayu yang menawarkan ruang bagi pelajar-pelajar Melayu menyambung pelajaran, kebanyakannya yang telah gagal mencapai gred sewaktu berada dalam sistem sekolah kerajaan biasa (memberikan peluang kedua kepada pelajar tercicir).

image is not available

2. Menjayakan penubuhan Bank Islam (1983)

Kalau sistem perbankan Islam pula bermaksud satu rangka kerja institusi perbankan dan kewangan di mana prinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan kepada Syari’ah untuk mewujudkan keadilan pengagihan kekayaan dan pendapatan.

image is not available
Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia

Penubuhan bank Islam sebenarnya idea dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada tahun 1993, kementerian Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim, mengeluarkan peraturan yang memudahkan penubuhan ‘Islamic banking’ ke bank-bank Barat konvensional yang beroperasi di Malaysia, pada tahun 1993. Langkah ini mengesahkan perbankan Islam dan membantu pembangunan bank Islam bebas di Malaysia dan di tempat lain.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

3. Memperkenalkan budaya pemakaian tudung sebagai uniform sekolah (1984)

Kalau kita imbas kembali ke zaman mak bapak kita dulu (atau mungkin zaman 80-an ke bawah), pemakaian uniform sekolah agak berbeza. Dulu kita memakai skirt sebagai uniform sekolah manakala pelajar lelaki memakai baju sekolah dan seluar pendek.

Bagi mengukuhkan kenyataan di atas, kami sertakan satu video mengenai bagaimana Yayasan Anda Akademik menjadi pelopor utama dalam pemakaian tudung (oh ya, kalau video ni tak muncul, korang boleh tekan di sini).

image is not available
Gambar sekadar hiasan

4. Menggubal Dasar Menghantar Pelajar ke Timur Tengah untuk menguasai Bahasa Arab

Anwar Ibrahim memasukan subjek Tasawwur Islam ke dalam sukatan pelajar di Malaysia. Pada waktu beliau menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah mengubal dasar untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah untuk belajar bahasa Arab secara besar-besaran.

image is not available

Lagi info selebihnya bakal di muat naik…