Imbas dan simpan dokumen di Google Drive sepantas 123 tanpa iklan!

TechnologyDigital
24 Aug 2026 • 3:38 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Imbas dan simpan dokumen di Google Drive sepantas 123 tanpa iklan!

Pertumbuhan teknologi semakin berkembang dari masa ke semasa, dengan kemajuan teknologi seiring pembangunan pelbagai aplikasi telah diwujudkan bagi memenuhi keperluan kegunaan seharian.

Antara aplikasi yang sering digunapakai adalah aplikasi pengimbas dokumen yang boleh didapati di Play Store dan Apple App Store, namun dengan penggunaan aplikasi pengimbasan ia sering menyebabkan storan dalam telefon menjadi cepat penuh dengan lambakan dokumen.

Imbas dokumen guna Google Drive

Baru-baru ini di laman X, hantaran milik Angel menarik perhatian ramai pengguna sosial media. Menerusi perkongsian Angel di X, kini orang ramai boleh mengimbas dokumen dengan menggunakan Google Drive di telefon pintas yang mana fungsi pengimbas dokumen telah dikemaskini dengan sistem yang lebih mesra pengguna.

Video pendek berdurasi 20 saat yang dikongsikan memaparkan bagaimana proses mengimbas dokumen lebih lancar dan cepat.

— angel (@angeldot_) August 22, 2026

Dengan fungsi yang terdapat pada google drive ini, ia akan menjadikan urusan mengimbas dokumen menjadi lebih pantas dan menyenangkan. Bukan itu saja dengan kemaskini baharu, pengimbas google drive ini juga berupaya mengesan jika pengguna mengimbas dokumen yang sama berulangkali.

Melihat fungsi pengimbas di google drive ini ia tampil dalam mod imbasan secara terus, dimana pengguna boleh mengimbas dokumen yang banyak dengan cepat dan mudah secara langsung tanpa had. Pengguna kini tidak perlu rungsing jika storan dalam telefon telah penuh kerana semua dokumen yang dimbas boleh dimuatnaik dan simpan secara terus di akaun google drive.

Macam mana nak guna pengimbas di google drive? Ikuti langkah dibawah:

  • Cari ikon ‘Drive’ dalam telefon pintar
  • Kemudian pilih ikon ‘tambah’ di skrin
  • Pilih ‘scan’ untuk mula mengimbas dokumen anda
  • Bagi yang baru menggunakan fungsi ini, anda akan menerima paparan khas yang menyatakan fungsi pengimbas google drive ini juga mampu mengimbas dokumen yang banyak secara langsung
Image from: Imbas dan simpan dokumen di Google Drive sepantas 123 tanpa iklan!

Tidak perlu tonton iklan untuk imbas dokumen

Kami telah cuba mengimbas dokumen menggunakan fungsi di google drive, dan prosesnya cukup mudah. Untuk fungsi pengimbas di google drive, pengguna boleh menyimpan dokumen dalam bentuk PDF atau pun dalam bentuk gambar JPEG. Dan terus boleh menyimpan dokumen di akaun drive dengan sekelip mata.

Image from: Imbas dan simpan dokumen di Google Drive sepantas 123 tanpa iklan!

Paling penting pengguna tidak perlu melayan iklan yang sering kali keluar, apabila hendak menggunakan pengimbas secara percuma melalui aplikasi pengimbas yang sedia ada di pasaran.

Seperti sedia maklum penggunaan aplikasi pengimbas percuma, rata-rata memerlukan penggunanya menonton video iklan sebelum boleh mengimbas dokumen yang dikenhendaki. Tetapi di google drive, pengguna boleh terus mengimbas dokumen tanpa perlu membuang masa menonton video iklan yang tiba-tiba muncul di hadapan skrin telefon pintar.

Anda dah cuba imbas dokumen guna google drive? Kongsi pengalaman anda bersama kami diruangan komen!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved