Imbas Kod QR Untuk Sejarah & Papar Hadis Di Dinding Bangunan, Qatar Manfaat Piala Dunia Perkenal Islam

2 Dec 2022 • 9:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Qatar selaku negara Islam pertama yang diberikan hak sebagai penganjur Piala Dunia tidak melepaskan peluang ini untuk memperkenal agama Islam kepada peminat bola sepak dari seluruh dunia yang berkunjung ke negara itu.

Misalnya, sebuah masjid di Perkampungan Budaya Katara yang terletak ibukota Qatar, Doha telah menjadi tumpuan utama bagi peminat Piala Dunia yang ingin mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Disana, terdapat juga penceramah lelaki dan wanita yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa ditempatkan di masjid tersebut, untuk membantu pengunjung hadir belajar mengenai agama Islam.

image is not available
Kredit: Anadolu Agency

Papan elektronik yang memaparkan ajaran Islam

Selain itu, terdapat beberapa papan elektronik yang memaparkan maklumat mengenai agama Islam dan boleh ditetapkan sehingga lebih daripada 30 bahasa.

Papan-papan elektronik tersebut telah diletak di hadapan pintu bagi membenarkan para pengunjung untuk melihatnya menerusi telefon pintar.

Beberapa buku kecil yang memberi pengenalan kepada Islam dalam pelbagai bahasa dilapor turut diedarkan kepada sesiapa yang memintanya.

Menurut Times Now, Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Agama Islam Qatar telah membina sebuah pavilion di luar lokasi perlawanan Piala Dunia 2022 diadakan, yang mana para peminat bola sepak dan pengunjung dapat mempelajari keindahan agama tersebut.

Para pengunjung juga digalakkan untuk melihat papan-papan elektronik berkenaan Islam, yang mana terdapat lebih daripada 30 bahasa seperti yang dilaporkan oleh Anadolu Agency.

Hadis-hadis di dinding, kod QR di bilik hotel

Bukan itu sahaja, hadis iaitu kata-kata, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W juga ditulis pada dinding-dinding di jalan bagi menarik minat pengunjung bukan Islam.

Ada beberapa agensi yang melaporkan, beberapa bilik hotel di Qatar turut menggunakan kod QR untuk membantu dalam memperkenalkan agama Islam kepada warga asing yang melawat negara tersebut.