Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

22 Nov 2023 • 2:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mari kita flashback dengan rutin harian setiap petang dulu-dulu.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu. Sebelum kita kenal apa itu gajet, memang banyak permainan tradisional yang kita pernah main, lagi-lagi generasi kelahiran tahun 70an hingga 90an, kan?

Selepas solat asar, mesti kita akan berkumpul di padang, taman permainan mahupun di halaman rumah untuk bermain bersama rakan-rakan. Kadang-kadang sampai maghrib tak ke sudah main bersama, ada yang tunggu sampai mak panggil balik rumah, haa betul sik?

Masih lagi memikirkan aktiviti apa yang anda boleh lakukan bersama anak-anak dan keluarga anda? Anda boleh menjadikan aktiviti tradisional yang menyeronokkan masa musim PKP ini. Selain menyeronokkan, ianya boleh menaikkan semula adat melayu kita agar tidak ditelan zaman.

Ini adalah senarai permainan tradisional yang boleh anda lakukan di rumah:

image is not available
Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

1. Batu Seremban

Batu seremban adalah sejenis permainan di mana ia memerlukan 7 biji batu sederhana kecil yang sering dimain oleh kanak-kanak perempuan. Kebiasaannya permainan ini dimain secara berkumpulan seramai dua hingga lebih dan mereka tetapkan sejumlah mata yang mereka kena capai. Sesiapa yang berjaya atau dapat melebihi mata tersebut maka dialah pemenang.

image is not available
Batu seremban

Selain menggunakan batu, ada yang bermain menggunakan biji getah, guli kaca dan apa-apa bentuk objek yang berbentuk bulat dan kecil. Ada juga yang menggunakan biji kacang yang dimasukkan dalam kain seperti dalam gambar di atas.

Batu seremban ini terdapat dalam beberapa peringkat dan cara sambutan yang berlainan, bergantung kepada berapa biji batu yang digunakan dalam satu permainan. Anda boleh bermain permainan tradisional ini sebagai aktiviti indoor bersama keluarga.

image is not available
Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

2. Baling selipar/ Tuju selipar

Permainan ini mungkin masih popular dalam kalangan kanak-kanak kerana kalau dilihat dalam cerita animasi Upin & Ipin, mereka selalu bermain tuju selipar bersama kawan-kawannya di kampung. Bagi anda yang mempunyai halaman yang besar memang seronok untuk bermain permainan ini.

image is not available
Sumber: Youtube

Tiga belah selipar akan disusun menjadi bentuk piramid, manakala satu lagi selipar akan digunakan untuk membaling pramid selipar tersebut. Permainan ini terbahagi kepada dua kumpulan, seorang wakil dari 1 kumpulan akan membaling selipar bagi meruntuhkan piramid selipar tersebut, dan kumpulan 2 pula perlu menjaga dan menghalang kumpulan 1 untuk membina semula piramid tersebut.

image is not available

Kalau dulu-dulu, ada yang sanggup memakai selipar berwarna putih biru yang legend berjenama ‘Tat Sing’ (keras dan besar) untuk membaling selipar terhadap pihak lawan. Namun kini, memang jarang kita lihat selipar tersebut jual di kedai-kedai.

image is not available

3. Congkak

Congkak juga adalah permainan tradisional Melayu yang biasanya dimain sebagai permainan indoor dan juga pertandingan. Biasanya, permainan ini menggunakan papan kayu yang tebal dan mempunyai 14 lubang dan 2 lubang yang agak besar di hujung papan congkak. Lubang besar di hujung papan tersebut akan dikira sebagai markah bagi pihak main. Lebih banyak buah congkak dikumpul maka dialah pemenang.

Yang penting dalam permainan congkak ini adalah buahnya. Buah congkak selalunya menggunakan biji getah, guli, atau apapa objek yang kecil dan senang digenggam. Setiap 14 lubang akan diisi dengan 7 buah congkak.

image is not available
Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

4. Layang-layang

Sekarang memang banyak yang jual layang-layang dengan pelbagai corak dan kartun pada layang-layang di kedai, berbeza dengan dulu-dulu. Pada tahun 90an, kanak-kanak lebih memilih untuk membuat layang-layang sendiri kerana mementingkan ketahanannya. Betapa susahnya nak cari batang lidi yang keras namun mudah dilentur untuk menghasilkan layang-layang yang tahan lama dan mampu terbang tinggi.

image is not available

Kanak-kanak dulu amat kreatif, ada yang buat layang-layang menggunakan surat khabar dalam pelbagai bentuk untuk menunjuk kepada kawan-kawannya. Ada juga yang siap berlawan layang-layang siapa yang terbang lebih tinggi.

image is not available

5. Ceper/ Penutup Botol

Kalau anda nak tahu, main ceper atau penutup botol ini sungguh popular, ibarat main game online zaman sekarang. Jika dilihat kembali, masih ada rupanya yang bermain ceper. Lagi-lagi di sekolah rendah sampai ada yang kena rampas cikgu. Begitu mencuit hati dan terharu kerana masih ada lagi yang ingat dengan permainan ini.

Bermain ceper ini memerlukan strategi yang bijak, tidak semestinya menggunakan kekuatan sepenuhnya terhadap jentikan ke ceper tersebut. Kalau bermain ceper dengan pemain yang handal, memang bosan untuk menunggu giliran kita hehehe..

image is not available

Permainan ini sungguh menyeronokkan lagi-lagi kalau bermain dengan rakan-rakan dan keluarga. Lagi ramai lagi seronok bermain ceper. Ingat, jangan sampai gaduh kalau main permainan ini, yang dah berumur sikit tu, mengalah lah dengan kanak-kanak yaaa..

image is not available
Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

Berasa ditelan zaman, sedihnya kini jarang kita melihat kanak-kanak sekarang bermain permainan warisan budaya tradisional ini. Eloklah kita mengajak anak-anak dan ahli keluarga untuk bermain permainan tradisional ini. Selain menghilangkan rasa bosan di rumah, ianya juga boleh membangunkan pemikiran anak-anak dalam memikirkan strategi dalam permainan.

Banyak lagi menarik di sini: