Imej hina Agong, MCMC, Meta kesan pihak bertanggungjawab

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 3:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Imej hina Agong, MCMC, Meta kesan pihak bertanggungjawab

PETALING JAYA: Imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang disunting dengan unsur penghinaan telah diturunkan daripada platform Threads manakala akaun terlibat turut disekat daripada diakses.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah menghubungi Meta selaku penyedia platform Threads berhubung penyebaran imej berkenaan.

Katanya, kerjasama dengan penyedia platform akan diteruskan bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan garis panduan komuniti dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Pada masa sama, MCMC sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap penghasilan dan penyebaran kandungan tersebut.

“Tindakan lanjut boleh diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik atau menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi mengelakkan penyebarannya terus meluas.

Aduan boleh dibuat melalui fungsi pelaporan di platform Threads, Portal Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my⁠ atau saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. – UTUSAN 

The post Imej hina Agong, MCMC, Meta kesan pihak bertanggungjawab appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved