Imej Honor Magic V6 Tertiris Lebih Awal Menjelang MWC 2026

TechnologyDigital
17 Feb 2026 • 2:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor mengesahkan bahawatelefon boleh lipat baharu Magic V6 akan diperkenalkan pada acara MWC Barcelona 2026. Beberapa imej awal yang tertiris di Weibo memperlihatkan peranti ini dalam warna merah terang dengan rekaan lipat berbentuk buku.

image is not available

Sebahagian besar reka bentuk Honor Magic V6 masih mengekalkan bonggol kamera berbentuk oktagon atau segi lapan dengan kemasan emas yang menyerupai model terdahulu. Peranti ini hadir dengan sisi rata dan pengimbas cap jari yang terbina dalam butang kuasa sekali gus mengekalkan elemen yang sinonim dengan siri Magic.

image is not available

Untuk pasaran China, Magic V6 dijangka hadir dengan bateri 7,150mAh serta sokongan pengecasan pantas 120W. Honor juga berkemungkinan melengkapkan peranti ini dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan kamera 200MP. Gabungan ini menunjukkan usaha Honor mengekalkan identiti siri Magic sambil menambah baik spesifikasi dalaman agar lebih sesuai dengan keperluan pengguna semasa.

Menariknya, Honor turut dijangka memperkenalkan robot phone mereka pada acara yang sama.