Imej MINI Cooper JCW E Bocor! Apa Yang Berbeza?

EntertainmentCars
17 Sep 2024 • 7:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Beberapa imej rasmi hatchback elektrik MINI Cooper versi prestasi yang kini sedang dibangunkan telah didedahkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China.

Reka Bentuk yang Mencuri Tumpuan

image is not available

Berdasarkan foto yang dikongsikan, model sporty yang dijangka bakal dilancarkan dengan nama MINI Cooper JCW E ini menerima sentuhan istimewa John Cooper Works (JCW) yang membezakannya daripada model dengan kemasan JCW yang diperkenalkan hujung tahun lalu.

image is not available

Antara ciri utama reka bentuknya termasuk gril depan yang tertutup sepenuhnya dengan logo JCW dan bendera bercorak dam yang kecil. Selain itu, di sudut yang sama turut terdapat komponen ambilan udara tengah yang diapit oleh air curtain menegak untuk membantu meningkatkan prestasi penyejukan EV ini.

Bahagian sisi pula memperlihatkan rim JCW bersaiz 18 inci dengan jejari yang sebahagiannya tertutup untuk prestasi aerodinamik yang lebih baik. Selain itu, model ini turut diberikan skirt sisi agresif bagi menambahkan elemen sporty.

Sudut belakangnya pula kelihatan hampir sama dengan model JCW yang sedia ada, bagaimanapun, logo JCW yang dipasangkan pada model baharu ini membuatkannya tampil berbeza. Selain logo, MINI Cooper JCW E juga diberikan corak kotak-kotak berbentuk bendera pada pintu but belakang.

image is not availableimage is not available

Dari sudut atas, bumbungnya ditawarkan dalam pilihan warna gradient yang unik, berbeza dengan corak dam klasik pada model JCW terdahulu.

Prestasi Lebih Mantap

image is not availableimage is not available

Selain reka bentuk, MIIT China turut mendedahkan beberapa spesifikasi trenkuasa MINI Cooper JCW E. Model ini dijana oleh bateri lithium-ion yang menggerakkan motor elektrik tunggal dengan kuasa 255 hp (190 kW), menjadikannya 40 hp (30 kW) lebih tinggi berbanding varian tertinggi Cooper SE sedia ada.

Dengan peningkatan kuasa ini, Cooper JCW E yang memiliki berat 1,670 kg mampu mencapai kelajuan sehingga 200 km/j. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai catatan masa pecutan 0-100 km/j.

Pelancaran Global

image is not available

Walaupun prototaip pra-pengeluaran model ini sudah membuat kemunculan umum di Goodwood Festival of Speed awal tahun ini, MINI Cooper JCW versi pengeluaran dijangka akan dilancarkan di peringkat global pada musim luruh tahun ini. Pastinya lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang tarikh pelancarannya.