Imej Pengolokan OnePlus 12 Tertiris – Hadir Dengan Kamera Periskop

TechnologyDigital
14 Jul 2023 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini imej pengolokan OnePlus 12 telah tertiris. Sesetengah orang akan rasa kecewa kerana rekaan kelihatan lebih kurang sama sejak OnePlus 10 dengan beza ketara hanya pada bonggol kamera. Pada OnePlus 12 imej pengolokan memperlihatkan penggunaan kamera periskop telefoto dan lampu LED flash kini berada di luar bulatan.

image is not available

Turut kelihatan adalah lubang skrin untuk kamera swafoto dipindahkan ke tengah berbanding OnePlus 11 yang berada di sisi. Skrin dikatakan mungkin sama iaitu 6.7″ AMOLED 2K 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 150W dan pengecasan nirwayar 50W.

image is not available

Untuk kamera OnePlus 12 dilaporkan akan menggunakan sensor 50MP Sony siri IMX9xx baharu yang dipadankan dengan sensor 50MP sudut ultra lebar serta sensor periskop 64MP Omnivision OV64B. Imej pengolokan memperlihatkan kemasan Sandstone ikonik mereka kini dengan warna hitam yang sedikit berkilat. OnePlus 12 menurut Max Jambor (peniris terkenal) akan dilancarkan pada bulan Disember tahun ini.