Imej Pengolokan Rasmi OnePlus Nord 3 Tertiris

TechnologyDigital
13 Jun 2023 • 4:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Nord 3 akan dilancarkan dalam masa terdekat dan kini imej pengolokan rasminya telah tertiris menerusi Winfuture. Peranti ini dipercayai hanyalah sebuah OnePlus Ace 2V yang dijenamakan semula tetapi setakat ini hanya untuk pasaran China.

image is not available

Oleh itu ia dilengkapi skrin 6,74″ IPS LCD 120Hz dengan kaca Asahi, dijan cip MediaTek Dimensity 900, memori 16GB RAM, storan 256GB dan bater pula sebesar 5000 mAh dengan pengecasan pantas 33W.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 64MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Ini dipadankan pula dengan sensor hadapan 16MP. Sistem operasi yang digunakan pula ialah OxygenOS 13 yang berasaskan Android 13.