
Sony Xperia 1 VIII akan dilancarkan secara rasmi esok tetapi pagi akhirnya imej rasmi telefon mercu fotografi ini tertiris menerusi laman Winfuture. Ia mengesahkan peranti hadir dengan susunan kamera baharu seperti dipaparkan dalam imej acah rasmi beberapa hari lalu.

Peranti juga akah ditawarkan dalam tiga warna iaitu Graphite Black, Iolite Silver dan Garnet Red. Tri-kamera di belakang masih dilengkapi lensa Zeiss serta pada sisi kanan butang khusus untuk mengawal kamera dikekalkan. Tubuh diperbuat daripada logam sementara bonggol kamera berbentuk empat segi digunakan.

Tidak seperti peranti pintar lain di pasaran, Xperia 1 VIII mengekalkan bezel pada bahagian dahi dan dagu peranti. Kamera swafoto diletakkan pada bahagian dahi bukan dalam takuk ataupun lubang kamera. Bagi peminat kelengkapan audio berwayar, bicu audio 3.5mm turut dikekalkan. Spesifikasi lengkap dan harga jualan Sony Xperia 1 VIII akan diketahui selepas dilancarkan esok.

