Imej Sebenar TWS Sub-Jenama Nothing “Particles By XO” Tertiris

TechnologyDigital
27 Mar 2023 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Disember tahun lepas telah kami laporkan yang Nothing bakal melancarkan sub-jenama sendiri iaitu Particles by XO. Seperti Nothing, jenama ini turut akan hadir dengan aksesori audio sebagai produk pertama. TWS yang ingin mereka perkenalkan pernah tertiris dan seperti Ear (1) ia turut mempunyai rekaan yang unik.

image is not available

Berbeza dengan Ear (1) atau Ear (2) yang menggunakan rekaan lutsinar dan mirip AirPods Pro TWS Particles by XO ini hadir dalam bentuk yang aneh iaitu seakan kacang tanah. Bentuk seakan simbol infiniti atau nombor lapan turut kelihatan.

Terkini imej sebenar TWS ini telah didedahkan di web. TWS ini baru sahaja melepasi Korea National Radio Research Agency (NRRA) dan imej yang kelihatan memberitahu TWS Particles by XO ini adalah jenis dalam telinga, akan ada sensor auto-jeda, kelihatan beberapa lubang yang mungkin untuk mikrofon serta magnet yang jelas sekali adalah untuk pengecasan.

image is not available

TWS dengan nombor model B154 ini dipercayai mungkin akan menyokong LHDC dan juga pembatalan hingar aktif ANC. Sebelum ini laman Bluetooth SIG telah mengesahkan yang TWS ini menyokong Bluetooth 5.2.

image is not available

Tidak sabar sebenarnya untuk melihat bagaimana bentuk kerangka pengecasan, apakah sebab jenama yang masih “muda” sudah ada syarikat sub-jenama serta untuk siapakah produk Particles by XO ini. Buat masa ini masih tiada khabar mengenai tarikh pelancaran dan butiran lain lagi. Sama-sama kita nantikan.