Imej Seksi, Netizen Doa Agar Sharifah Sakinah Dapat Hidayah

19 May 2023 • 3:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Sharifah Sakinah sering mengundang kecaman netizen dengan imejnya yang seksi dan dikatakan ‘keterlaluan’.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Sakinah memuat naik satu video dan beberapa keping gambarnya dengan memperagakan ‘circle sequin dress‘ berwarna merah jambu.

image is not available

Dikatakan, baju tersebut merupakan rekaan oleh pereka fesyen Afiq M untuk Sharifah yang telah menghadiri majlis pelancaran produk kecantikan dari Perancis.

Namun, busana merah jambu yang digayakan itu kelihatan terlalu terdedah sehingga mengundang kecaman netizen dan rasa kesian kepada aktres tersebut.

image is not available

Diruangan komen rata-rata pengikut Sakinah, meluahkan rasa kecewa dengan imejnya yang menjolok mata. Malah, ada juga netizen yang mendoakan agar Sakinah diberi hidayah dan sempat kembali ke jalan Allah.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.