IMF akan bertemu pasukan ekonomi Ukraine: Georgieva

14 Sep 2022 • 4:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Perwakilan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan mengadakan pertemuan dengan pasukan ekonomi Ukraine minggu depan untuk membincangkan mengenai pembiayaan baharu untuk negara itu, lapor Sputnik, memetik Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva pada Selasa.

“Kami membincangkan penglibatan jangka panjang dengan Ukraine dan bagaimana kami boleh menyediakan program yang membawa manfaat kepada Ukraine secara lebih komprehensif... Kami bersetuju bahawa perwakilan IMF akan bertemu pasukan ekonomi Ukraine minggu depan,“ kata Georgieva.

Terdahulu beliau mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.

Beliau dan Zelenskyy turut membincangkan mengenai tempoh masa yang sesuai dan jumlah pembiayaan baharu untuk Ukraine yang mungkin sama seperti pembiayaan kecemasan US$1.4 bilion yang disediakan oleh IMF kepada Kiev pada Mac.

IMF mungkin berusaha ke arah menyediakan program yang lengkap untuk membantu Ukraine, kata Georgieva. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved