IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026

LocalBusiness & Finance
14 Apr 2026 • 10:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pada 2025, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

KUALA LUMPUR - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) April 2026 yang dikeluarkan pada Selasa, IMF juga mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia pada 4.3 peratus bagi 2027.

Pada 2025, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

Menerusi WEO Januari 2026 'Global Economy: Steady amid Divergent Forces', IMF menjangkakan KDNK Malaysia bagi 2026 adalah sebanyak 4.3 peratus.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara empat hingga lima peratus tahun ini, dengan daya tahan domestik negara serta struktur eksport yang pelbagai terus menjadi penampan dalam menghadapi cabaran luaran semasa, terutama akibat konflik di Asia Barat. - Bernama

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved