Imigresen Kelantan tahan tiga warga asing jual mercun, bunga api

8 Apr 2024 • 7:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menerusi Ops Jaja menahan tiga warga asing yang menjual pelbagai jenis bunga api dan mercun sekitar Kota Bharu, semalam.

Pengarahnya Mohd Faizal Shamsudin berkata tahanan terdiri daripada dua lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Thailand itu berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan atau arahan yang diendorskan di atas mana-mana pas, premit atau pas sempadan.

Menurutnya, kesemua warga asing berkenaan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai digesa tampil menyalurkan maklumat tentang pendatang tanpa izin atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi pendatang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved