Imigresen Selangor perkenal kiosk MyOnline Pasport

15 Aug 2022 • 9:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini memperkenal Kiosk MyOnline Pasport bagi memudahkan proses dan permohonan mendapatkan dokumen perjalanan itu kepada pelanggan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor di sini.

JIM Selangor menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan penempatan kiosk itu bertujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan lebih mudah dan cepat.

“Dianggarkan permohonan PMA seluruh Selangor adalah sebanyak 2,900 sehari dan hampir mencecah kepada 60,000 sebulan. Pengeluaran yang tinggi menjadikan JIM Selangor antara pejabat pengeluar PMA tertinggi di Malaysia.

“Atas dasar ini, JIM Selangor mengambil pendekatan proaktif membantu pelanggan yang hadir secara jumpa terus ke pejabatnya di UTC terutama pada waktu puncak,” menurut hantaran itu.

JIM Selangor memaklumkan kategori yang layak diberi keutamaan mendapatkan kemudahan di kiosk itu adalah pemohon berumur 13 tahun dan ke atas serta bukan daripada kategori permohonan PMA baharu, warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

“Turut dapat menggunakan kemudahan itu adalah PMA yang hilang dan rosak atau pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved