Imigresen serbu restoran popular, 101 pekerja asing ditahan kerana kerja tanpa permit

LocalPolitics
11 Dec 2025 • 11:27 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seramai 101 pekerja warga asing yang bekerja secara haram di sebuah restoran makanan Timur Tengah terkenal di Bukit Bintang ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur malam semalam.

Serbuan kira-kira jam 11.10 malam itu dilakukan selepas pihak JIM menerima aduan awam mengenai kehadiran ramai warga asing yang dipercayai bekerja tanpa pas atau dokumen sah di premis lima tingkat tersebut.

Baca juga:

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata pemeriksaan mendapati sebahagian besar pekerja asing itu tidak mempunyai pas kerja yang sah untuk sektor restoran, walaupun ada yang memegang pas bagi sektor lain seperti pembinaan, runcit dan pencucian.

“Dalam operasi itu, kita periksa 117 individu. Hasilnya, 101 warga asing termasuk 86 warga Bangladesh, 12 warga Syria dan dua warga Indonesia ditahan kerana melanggar Akta Imigresen,” katanya.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bertugas sebagai pengurus besar restoran tersebut.

@enforcement.jimwpkl

RESTORAN MAKANAN ARAB TERKENAL DISERBU ‼️ Bertindak atas aduan awam,Bahagian Penguatkuasa JIMWPKL membuat pemeriksaan mengejut di sebuah restoran terkenal yang terletak di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Hasil pemeriksaan di restoran 5 tingkat itu telah menahan seramai 110 orang warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen. Kebanyakkan warga asing yang ditahan berasal dari negara timur tengah. Bahagian Penguatkuasa JIMWPKL mohon maaf kepada pelanggan yang tak dapat sharwarma mereka hari ini. Datang lain waktu ya @Imigresen Kuala Lumpur @Pengarah Imigresen KL #JIMWPKL #Imigresen #fyp #Madani #KLStrikeForce

♬ original sound – Enforcement JIMWPKL – Enforcement JIMWPKL

Majikan akan didakwa

Kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/1963 atas kesalahan menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut Wan Mohammed Saupee, tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana menggaji pekerja asing secara haram, selain menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Sumber: Harian Metro