imoo Kids Watch Phone Z7 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM899

TechnologyDigital
13 Aug 2024 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam tangan pintar bukan sahaja digunakan oleh orang dewasa malah kanak-kanak juga. Tambahan lagi pasaran peranti itu menyediakan pelbagai pilihan yang menarik daripada bermacam-macam jenama, contohnya seperti imoo. Terbaharu mereka mula menawarkan imoo Kids Watch Phone Z7 di Malaysia dengan harga jualan RM899.

image is not available

Ia dibina sebaiknya dengan ciri unik yang disukai oleh kanak-kanak dan ibu bapa. Ia termasuk GPS Tracking yang boleh membantu ibu bapa untuk memantau lokasi anak-anak untuk memastikan mereka kekal selamat khususnya sewaktu di luar rumah. Ia juga membenarkan ibu bapa dan anak-anak membuat panggilan telefon serta video diantara satu sama lain terus daripada jam tangan.

image is not available

Pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan disediakan namun paling menarik perhatian semestinya Emotion Recognition yang boleh digunakan untuk memantau emosi. Sebagai ibu bapa penting untuk sedar juga peka terhadap emosi anak mereka. Perkembangan emosi yang baik dapat mewujudkan perasaan yang positif pada mereka. Sementara itu pelbagai mod sukan disediakan pula membolehkan anak-anak kekal aktif.

image is not available

Dengan bateri 740mAh pula ia boleh digunakan sehingga 100 jam lamanya dalam mod standby. Ia juga kalis air IPX8 yang bermakna boleh digunakan dalam pelbagai persekitaran khususnya aktiviti luar.

View Original Article