Impi 105 cahaya mata, isteri jutawan akui sukar urus 22 anak, suami ditahan gubah wang haram

25 Aug 2022 • 12:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PASANGAN ini terdahulu mendedahkan kepada umum impian mereka untuk memiliki 105 orang anak. Namun isteri kepada jutawan dari Turki, Kristina Ozturk, 25, menzahirkan tidak betah menguruskankan keluarga tanpa kehadiran suaminya, Galip Ozturk, 57, disisi.

SinarPlus sebelum ini berkongsi keunikan pasangan itu yang memiliki 22 cahaya mata yang mana 21 daripadanya adalah daripada ibu tumpang. Seorang lagi adalah anak perempuan Kristina, Vika, 8, daripada perkahwinannya yang pertama.

image is not available

Kristina sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya menerusi Instagram untuk 105 orang anak apabila mencecah usia 30 tahun.

image is not available
Kredit foto: Instagram batumi_mama

Di Rusia, kaedah ibu tumpang dibenarkan asalkan sanggup membiayai kos perkhidmatan yang dianggarkan berjumlah kira-kira 8,000 euro (RM39,801). Tidak hanya itu, Kristina dan Galip yang tinggal di Batumi, Georgia turut menggaji 16 orang pembantu untuk menjaga anak-anak mereka.

Bagaimanapun kini, impian Kristina menjadi kabur selepas Galip ditahan. Suaminya ditahan dalam operasi Mei lalu atas dakwaan memalsukan dokumen dan pengubahan wang haram.

image is not available
Kredit foto: Instagram batumi_mama

Ketiadaan Galip, jutawan pengangkutan Metro Turizm di sisi wanita itu mengakui tidak betah. Menerusi hantarannya di Instagram, Kristina meluahkan kepiluan kepada 231,000 pengikutnya di Instagram.

“Sukar untuk bercerita apa yang berlaku di rumah ini atau hal-hal yang mengembirakan. Fikiran saya melayang, hanya menunggu suami pulang ke rumah.

“Saya pasti hari itu (pembebasan Galip) akan tiba tidak lama lagi. Ribuan terima kasih atas sokongan dan kata-kata positif anda,’ tambahnya.

image is not available
Kredit foto: Instagram batumi_mama

Penahanan Galip disahkan oleh jurucakap Kementerian Kewangan Georgia, Nato Natroshvili.

“Kesunyian ini tidak dapat saya gambarkan walaupun ramai ada di sekeliling saya. Saya sudah terbiasa suami sentiasa berada di rumah.

“Galip bekerja dari rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini, kami menghabiskan masa bersama-sama sepanjang hari. Pada waktu malam, apabila anak-anak ditidurkan, kami berbual,” titip Kristina penuh emosi.

image is not available
Kredit foto: Instagram batumi_mama

Ibu muda itu sering berkongsi foto bersama anak-anaknya yang comel. Kediaman tiga tingkat mereka umpama sebuah nurseri besar!

Anak Kristina dan Galip ialah Mustafa, 19 bulan, Mariam, 18 bulan; Ayrin, 18 bulan, Alisa, 18 bulan, Hasan, 17 bulan, Judi, 17 bulan; Harper, 16 bulan, Teresa, 16 bulan, Huseyin, 16 bulan dan Anna, 15 bulan, Isabella, 15 bulan; Ismail, 14 bulan, Mehmet, 14 bulan, Ahmet, 14 bulan, Ali, 13 bulan, Kristina, 13 bulan; Sara, 1, Lokman, 1, Galip, 11 bulan, Olivia, sembilan bulan dan Judy, tiga bulan.

image is not available
Keluarga besar Kistina dan Galip (Kredit foto: Instagram batumi_mama)

Kristina membelanjakan £4,000 (RM21,176.14) seminggu untuk barangan keperluan bayi termasuk 20 pek jumbo lampin pakai buang dan 53 pek susu formula.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

View Original Article