Impian Ronaldo tersentak di Riyadh

Football
9 May 2023 • 12:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ronaldo

HARAPAN Cristiano Ronaldo untuk merangkul Liga Pro Saudi pada penampilan pertama tersentak selepas Al-Nassr diikat 1-1 kelab bawahan Al-Khaleej di Riyadh pada Selasa.

Pasukan pelawat, yang sedang berjuang mengelak penyingkiran, mendahului menerusi Fabio Martins pada minit keempat selepas menterjemahkan sentuhan Andrew Eric Feitosa dalam perlawanan di Al-Awwal Park tersebut.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila bintang sensasi Al-Nassr, Alvaro Gonzalez yang mendapat bantuan gol daripada Abdulrahman Ghareeb kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-17.

Separuh masa kedua, penyerang Portugal itu yang tampil lebih agresif menyangka memberikan pasukannya pendahuluan pada minit ke-58, namun dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Al-Nassr selepas ini akan berdepan Al-Ta'ee (17 Mei), Al-Shabab (24 Mei), Al-Ettifaq (28 Mei) dan Al Fateh (1Jun).

Sementara itu, pendahulu liga, Ittihad, melebarkan jurang jarak kepada lima mata dengan Al-Nassr selepas membelasah Abha 4-0 dengan empat perlawanan berbaki.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved