Impian Shuib mimpi arwah Siti Sarah tercapai, datang senyum & berpakaian putih

18 Mar 2024 • 9:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Impian pelawak terkenal Shuib untuk bemimpi dan bertemu dengan arwah isteri, Siti Sarah Raissudin akhirnya menjadi kenyataan.

Perkara itu dikongsikan oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di Instagram Stories miliknya, hari ini.

Shuib mimpi arwah Siti Sarah

Dalam mimpi tersebut, pelawak berusia 40 tahun itu berkata pada ketika itu dia berada di sebuah pulau dan berhasrat ingin menghubungi arwah isterinya. Bagaimanapun, panggilan tersebut tidak dijawab.

“Saya buka beg dan cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi ke mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah.
“Masa saya buka beg dan cari telefon, dalam hati kata hubungi Sarah. Saya cari telefon dan ada tiga, jadi saya terfikir mana satu telefon yang ada nombor Sarah.
“Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama ‘ibu sayang’.
“Saya cari dan jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat,”ceritanya.

Dia bagaimanapun terjaga daripada tidur sebelum berkongsi mimpi tersebut dengan isteri, Watie Hanifiah.

Sambung mimpi semula

Kongsi pelawak tersebut, dia tidak menyangka mimpi itu bersambung semula selepas dia melelapkan mata sebentar pada waktu pagi.

Ujar bapa kepada empat cahaya mata, arwah Siti Sarah hadir dengan senyuman dan mengenakan penampilan putih seperti telekung yang dipakai dalam rakaman lagu Tanpa Kekasihku di platform YouTube.

image is not available

“Sahur pagi tadi agak sedih bagi saya. Memang saya selalu nak mimpi Sarah. Saya dah banyak kali dalam mimpi nak hubungi dia tak dapat-dapat.
“Selepas anak-anak sudah ke sekolah, saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Dalam mimpi itu saya pegang iPad kerana itu memang milik Sarah.
“Tiba-tiba iPad itu keluar nama dia (ibu sayang). Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya,”ceritanya.

image is not available

image is not available

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 dan meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Sumber: Instagram @shuibsepahtu