Impian Terkubur, Cakra Khan Gagal Ke Pusingan Seterusnya Di AGT 2023

Music
21 Aug 2023 • 7:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan mendedahkan dia gagal untuk meneruskan pusingan seterusnya dalam program realiti terkenal, America’s Got Talent 2023 (AGT 2023).

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyanyi yang berusia 31 tahun menerusi laman X nya dan secara tidak langsung impiannya untuk ke peringkat seterusnya dalam AGT 2023 tidak kesampaian.

Dalam hantaran tersebut, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang sentiasa menyokong sepanjang menyertai pertandingan itu.

“Saya belajar, saya ingin lebih baik. Terima kasih America’s Got Talent, terima kasih semua, terima kasih untuk pengalamannya. Kembali kepada lagu baharu,” ujarnya.

Difahamkan, saingan terdekatnya iaitu Putri Ariani yang juga mengalami kecacatan penglihatan (buta) berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Netizen bagi kata-kata semangat

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pencapaian Cakra Khan di pentas dunia malah, mereka memberikan kata-kata semangat untuk penyanyi tersebut meneruskan perjuangannya sebagai anak seni.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: X @Cakra Khan