Teknologi implan terus pada otak telah dibuktikan membolehkan insan yang hilang keupayaan bercakap untuk kembali “bersuara” dengan bantuan kecerdasan buatan dua tahun lalu. Teknologi antaramuka otak degan komputer yang dibangunkan oleh UC Berkeley dan UC San Francisco telah ditambah baik membolehkan apa yang difikirkan menjadi suara oleh komputer secara masa nyata.

Dengan implan baharu, apa yang difikirkan diubah menjadi suara dalam masa hanya satu saat. Sebelum ini masa pendam sehingga 8 saat berlaku untuk melakukan perkara saya sama. Sistem baharu sekali lagi digunakan oleh Ann Johnson, penerima implan asal. Beliau diserang strok 18 tahun yang lalu menyebabkan beliau lumpuh dan hilang keupayaan untuk bercakap. Selama ini beliau menggunakan kepala untuk menaip pada komputer yang kemudiannya bercakap bagi pihak beliau.
Menerusi kecerdasan buatan, suara asal beliau digunakan semula untuk bertutur dengan orang sekeliling. Penyelidik kini sedang cuba mempercepatkan lagi masa gelombang otak diubah menjadi suara dan menjadikan suara bercakap kedengaran lebih semula jadi kerana pada waktu ini ia seakan robot.
