Implanon Baik Atau Buruk Untuk Dijadikan Alat Perancangan Keluarga?

Health & FitnessFamily & Parenting
19 Aug 2025 • 3:48 PM MYT
SenangCite
SenangCite

Kami menyampaikan isu bisnes dan kewangan yang mudah difaham dan kelakar!

Perancangan keluarga merupakan aspek penting dalam menjaga kesihatan wanita serta kesejahteraan keluarga. A

ntara kaedah moden yang semakin mendapat perhatian ialah penggunaan implanon, sejenis alat kontraseptif berbentuk rod kecil yang dimasukkan ke bawah kulit bahagian atas lengan.

Malangnya ramai wanita masih ragu-ragu dengan keberkesanan implanon serta prosesnya, tapi sebenarnya implanon adalah kaedah yang sangat berkesan untuk merancang keluarga.

image is not available

Apa Itu Implanon?

Implanon ialah rod plastik sepanjang kira-kira 4cm yang melepaskan hormon etonogestrel ke dalam badan. Hormon ini berfungsi untuk:

  • Menghentikan proses ovulasi (pengeluaran telur).
  • Menipiskan lapisan rahim.
  • Menghalang sperma daripada sampai ke telur.

Hasilnya, kebarangkalian untuk hamil sangat rendah kerana keberkesanan implanon terbukti sehingga 99%, dan boleh bertahan sehingga 3 tahun selepas pemasangan.

image is not available

Prosedur Pemasangan

Pemasangan implanon dilakukan oleh pegawai perubatan bertauliah. Prosedur ini ringkas, mengambil masa hanya beberapa minit, dan melibatkan penyuntikan kecil pada bahagian bawah kulit lengan atas.

Selepas pemasangan, sesetengah wanita mungkin mengalami rasa lenguh atau sedikit ketidakselesaan pada bahagian tangan, namun gejala ini lazimnya bersifat sementara dan tidak mengganggu aktiviti harian.

image is not available

Keselamatan dan Kesan Sampingan

Kajian klinikal dan pengalaman pengguna menunjukkan bahawa implanon tidak menjejaskan penyusuan badan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius seperti demam atau gangguan kesihatan jangka panjang.

Bagaimanapun, kesan sampingan ringan seperti perubahan corak haid mungkin berlaku, bergantung kepada individu.

image is not available

Implanon merupakan pilihan kontraseptif moden yang selamat, berkesan, dan praktikal untuk wanita yang ingin merancang keluarga.

Bagi wanita yang berminat, dapatkan nasihat daripada doktor atau pegawai perubatan sebelum membuat keputusan agar kaedah ini benar-benar sesuai dengan keadaan kesihatan individu.

View Original Article