Import baharu bakal ganti Machado

LocalFootball
17 Aug 2024 • 2:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Sabah FC bakal mendapatkan pemain import baharu bagi mengisi peranan penyerang berikutan pemergian Ramon Machado hujung bulan ini.

Ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah Datuk Shahelmey Yahya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

“Pihak pengurusan tertinggi telah meluluskan permintaan rasmi Sabah FC dalam usaha memperkukuh pasukan termasuk mengambil kira cadangan penyokong.

“Akan ada penambahan pemain import untuk meningkatkan serangan kami dan kami kini dalam proses menyemak beberapa pemain.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Identiti pemain itu akan diumumkan secara rasmi sebaik proses pemilihan selesai dan dia akan didaftarkan semasa jendela perpindahan yang akan dibuka pada penghujung Ogos,” katanya.

Beliau turut menafikan pemain import Indonesia Saddil Ramdani akan meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi . Beliau berkata tidak ada kelab yang membuat sebarang hubungan dengan Sabah FC berhubung perkara itu sehingga kini.

Beliau berharap pasukan itu akan kembali ke landasan untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga dan menyeru peminat untuk meneruskan sokongan mereka kepada pasukan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.