Import minyak sawit India dari Malaysia naik 8.5 peratus pada Ogos

Business & Finance
15 Sep 2023 • 10:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

INDIA mengimport 327,815 tan minyak sawit dari Malaysia pada Ogos - meningkat kira-kira 8.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Penghantaran dari Malaysia terdiri daripada 287,018 tan minyak sawit mentah (MSM), 24,000 tan minyak sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan 16,797 tan minyak isirong sawit mentah.

Jumlah import minyak sawitnya pada bulan lepas adalah melebihi 1.12 juta tan, mewakili 61 peratus bahagian dalam keseluruhan import minyak sayuran, demikian menurut Persatuan Pengekstrak Pelarut India.

Ia berkata walaupun ketersediaan mencukupi, penurunan mendadak dalam harga minyak makan domestik pada Ogos meningkatkan permintaan pengguna. - Bernama