Import minyak sawit India saksi lonjakan besar pada November

Business & Finance
14 Dec 2022 • 6:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Pembelian minyak sawit India pada November menyaksikan lonjakan besar sebanyak 75 peratus daripada keseluruhan import minyak boleh dimakan bulanan negara itu.

Import dari Malaysia mencecah 318,825 tan, yang merangkumi 283,425 tan minyak sawit mentah (MSM), 29,900 tan olein sawit RBD dan 5,500 tan minyak isirung sawit mentah (CPKO).

Secara keseluruhan dalam import 1.52 juta minyak boleh dimakan, India membawa masuk 1.14 juta tan minyak sawit pada bulan berkenaan, umum Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) yang berpangkalan di Mumbai hari ini.

Import MSM keseluruhan sebanyak 931,180 tan pada November merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam tempoh sebulan.

Oktober lepas, India mengimport 756,745 tan MSM serta 127,949 tan olein sawit RBD.

Kumpulan perdagangan India itu berkata perbezaan duti semasa sebanyak 7.5 peratus antara kadar cukai import ke atas MSM serta produk minyak sawit bertapis meningkatkan import olein sawit RBD dari Malaysia dan Indonesia.-Bernama