Imran Aqil beli kereta elektrik pertama, teruja ‘unboxing’ BYD Seal

Cars
29 May 2024 • 5:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan bekas penyampai radio, Imran Aqil beli kereta elektrik pertama dalam hidupnya berjenama Build Your Dreams atau BYD Seal pertama.

Momen berharga itu dikongsikan oleh Imran atau nama sebenarnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin di media sosial miliknya, semalam.

Ia sekali gus mencuri perhatian ramai.

“ASMR my first ev from BYD ,” tulisnya.

image is not available

Imran Aqil beli kereta elektrik

Sementara itu, isteri Imran iaitu Dahlia Rizal yang merupakan personaliti media sosial terkenal meluahkan rasa syukur atas pencapaian suaminya.

Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh berusia 23 tahun itu dilihat menunjukkan dalaman dan luaran kereta milik suami yang berona putih.

“Kereta baru suami! Alhamdulillah atas rezeki ini,”tulis Dahlia ringkas.

image is not available

Dalam pada itu, Dahlia turut berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya sehingga berjaya membeli sebuah kereta baru.

“Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua yang membantu Imran menjayakannya, untuk sokongan dan sayang anda,”ujarnya.

image is not available

Alhamdulillah, rezeki

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut dengan menyifatkan rezeki Imran bertambah murah sejak berkahwin dengan isterinya.

image is not availableimage is not availableimage is not available image is not available

Untuk rekod, Dahlia dan Imran telah mendirikan rumah tangga pada 10 September 2023.

Sumber: Instagram Imran Aqil