Imran Bard Dikecam Selepas Kongsi Pengalaman Susukan Anak Khinzir

LocalEntertainment
15 Jan 2025 • 10:19 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pempengaruh terkenal, Imran Bard, mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas berkongsi pengalamannya ketika bercuti di Thailand. Namun, apa yang menjadi bualan hangat netizen adalah tindakannya menyusukan beberapa ekor anak khinzir di sebuah kandang.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi, termasuk kritikan tajam daripada netizen yang mempersoalkan tindakannya untuk menyusukan haiwan tersebut.

Demi mengejar followers, banyak-banyak binatang kenapa binatang tu yang dia pilih?- Tulis salah seorang pengguna media sosial.

Imran Bard tenang bidas kritikan…

image is not available

Meskipun dihujani kecaman, Imran dengan tenang membalas komen-komen negatif, menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang indah dan unik baginya.

Saya tak buka ruang fitnah pun. Kalau saya tak post, babi masih ada di mana-mana. Saya post sebab ini first time saya dapat suapkan babi susu. So ni pengalaman yang indah buat saya, mungkin bukan untuk orang lain.- Jawabnya.

Menurut Imran, niatnya hanya ingin berkongsi pengalaman percutian, bukan untuk mencetuskan kontroversi atau menyakiti hati mana-mana pihak.

image is not available

Netizen tetap berbalah, ada juga yang menyokong…

Seperti biasa, ruangan komen dibanjiri dengan pandangan bercampur-baur. Ada yang terus mengkritik tindakannya, namun terdapat juga segelintir yang mempertahankan Imran.

image is not available

Mereka yang menyokong Imran berpendapat bahawa membantu haiwan, walaupun khinzir, adalah satu perbuatan yang tidak salah dari segi kemanusiaan dan tidak wajar dijadikan isu besar.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram