Imran Bard Rasa Nama Ellie Suriaty Disebut Dalam Konten Bukan Perkara Besar

EntertainmentPolitics
20 Feb 2025 • 8:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
imran bard

Sebelum ni Ohmedia kongsikan artikel tentang pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty yang menggesa ibu bapa kepada influencer terkenal, Imran Bard untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka.

Ini kerana, Imran Bard dikatakan telah mencemar nama baiknya sebagai anak seni dalam satu konten di TikTok.

Imran Bard kata ibunya dalam wad, tak dapat minta maaf…

image is not available

Imran Bard yang sedar tentang isu ini bagaimanapun berkata dia tidak sangka perkara ini menjadi besar. Imran juga memaklumkan bukan nama Ellie Suriaty sahaja yang disebut tetapi dia turut menyebut nama-nama artis veteran lain yang dia hormat.

Tiba-tiba naik isu Ellie Suriaty nak mak bapak Imran Bard minta maaf. Saya tak tahu pula isu ini jadi besar. Kepada makcik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu.

Saya bukan mention nama makcik je, saya mention nama makcik lain juga, Fauziah Nawi, semua artis-artis veteran yang ada yang saya adore, saya masukkan je lah dalam konten.

Imran turut menjelaskan, konten yang dilakukannya tidak begitu sensitif seperti didakwa.

Ibu Imran Bard dalam wad hospital, tak dapat jumpa Ellie Suriaty…

image is not available

Tidak cukup dengan itu, Imran turut berkongsi ibunya kini sedang berada di wad hospital dan tidak dapat berjumpa untuk memohon maaf.

Bukan konten sensitif pun. Konten konon-konon jadi juri je. Lepas tu sampai nak melibatkan mak bapa saya. Maaflah, mak saya dalam wad, dia tengah masuk air.

Jadi dia tak dapat nak minta maaf sebab banyak wayar. Jadi saya nak kena buat apa? Minta maaf makcik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


The post

appeared first on

.