Ina Naim sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal

LocalEntertainment
8 Nov 2024 • 10:54 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penyanyi yang juga balu kepada artis nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal yang berlangsung sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Menerusi perkongsian video dari TikTok Telur Pindang Tradisi Johor dan Fitri_reject, majlis berkenaan berlangsung di kampung halaman Ina, di Kota Tinggi, Johor.

Terdahulu, Ina Naim memaklumkan akan berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd K.

Ina turut berkongsi dalam hantaran videonya di TikTok sebelum ini mendedahkan mula mengenali calon suaminya yang berusia 41 tahun itu selepas sambutan Syawal lalu iaitu selepas lelaki terbabit memulakan salam perkenalan menerusi mesej di WhatsApp.

Sementara itu, menerusi video yang dikongsikan juga, Ina kelihatan cukup sebak apabila memeluk kedua ibu bapanya.

Ina yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata itu menerima wang hantaran berjumlah RM7,000 dari pihak lelaki.

Susulan itu, ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.