Inayah Beauty Lancarkan Produk Baharu, Fasha Sandha Jadi Duta Beunita

16 Sep 2023 • 6:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dengan berkonsepkan “Puteri Perak”, Inayah Beauty berjaya melancarkan satu lagi produk, Beaunita di Willow Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras hari ini.

Selain daripada itu, mereka juga menjadikan majlis pelancaran ini sebagai platform untuk mengumumkan Fasha Sandha sebagai duta rasmi kepada produk mereka.

Kemesraan hubungan bersama suami, Aidil Aziz yang sering dikongsi aktres jelita itu membuatkannya dipilih sebagai duta produk baharu mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi, masalah kebanyak suami isteri di zaman yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan ramai yang berdepan dengan kehambaran dalam perhubungan.

Oleh kerana itu, pihak mereka telah memilih Fasha Sandha sebagai “muka” kepada produk ini kerana aktres tersebut yang sentiasa menjaga keharmonian rumah tangganya.

“Nak bercinta mudah. Nak kahwin pun mudah. Tapi nak menjaga keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan kesungguhan daripada suami dan isteri.

“Dan pihak Inayah melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya, Aidil. Dan itu perkara yang sangat bagus kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu.

“Salah satu konsep Beunita ialah merapatkan hubungan intim antara suami isteri. Paling penting, kami juga memilih atas dasar Fasha seorang yang sangat komited,” katanya.

Tambah Dini,Fasha Sandha juga dipilih membawa nama Beunita kerana personaliti aktres ini yang terserlah kewanitaannya.

Proses pembuatan Beunita mengambil masa kira-kira empat bulan dan ia dihasilkan dengan mengambil kira setiap masalah para wanita.

Produk ini juga dihasilkan agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para wanita.

“Sebelum itu, kami telah pun memberi Fasha tempoh satu bulan untuk mengamalkan jamu ini dan merasakan keberkesanan produk baharu kami ini. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk berkerjasama setelah mendapat kesan yang positif.

“Setelah mendapat formulasi yang terbaik, kami pun sedia membuat pelancarang bersama Fasha Sandha,” ujarnya.

Sementara itu, Fasha Sandha berkata, sebagai wanita bekerjaya, ibu dan juga isteri, sudah pasti dia memerlukan tenaga yang luar biasa supaya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Bukan mudah untuk menjadi isteri, ibu dan pada masa yang sama wanita bekerjaya. Saya perlu mengimbangkan kehidupan harian saya.

“Saya juga perlu menjaga hubungan bersama suami. Alhamdulillah, Beunita banyak membantu saya dalam memberi tenaga maksima menjadi wanita yang serba boleh.

“Sebagai duta Beunita, saya mahu membantu ramai para wanita yang mempunyai masalah-masalah yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri,” katanya.

Konsep “Puteri Perak” untuk pelancaran kali ini kerana resepi asli jamu diperoleh daripada tiga orang bidan Perak yang menggunakan 20 bahan premium. Konsep ini juga digunakan kerana Inayah Beauty berasal dari Seri Manjung Perak.