Indah Seperti Di Luar Negara, Ketahui Dreamland Beach Holiday Homestay Di Kudat

1 Feb 2024 • 11:16 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Antara homestay yang best di Kudat

Indah Seperti Di Luar Negara, Ketahui Dreamland Beach Holiday Homestay Di Kudat. Destinasi percutian tak asing lagi, itulah Sabah. Macam-macam makanan seafood yang fresh, tempat hiking, pantai, dan banyak lagi.

Tak rugi bawa keluarga bawa bercuti ke Sabah kan? Kalau buat family day, lagi seronok dan meriah! Kalau buat gathering dengan keluarga ramai-ramai pun best jugak kan. Mana homestay Sabah yang ada pemandangan laut yang best ye? Sini min suggestkan untuk korang!

image is not available
Indah Seperti Di Luar Negara, Ketahui Dreamland Beach Holiday Homestay Di Kudat. Kredit gambar: FB Dreamland Beach Holiday

Jom bawak family korang ke sini

Dreamland Beach Holiday Homestay yang terletak di Kumbatang, Kudat ialah sebuah penginapan chalet yang privasi, lengkap dengan pemandangan laut dan segala kemudahan penginapan. Tempat ini sememangnya sesuai untuk seisi keluarga.

Homestay ini juga mempunyai restoran yang mengalu-alukan anda semua untuk datang ke sini. Dreamland Beach Holiday Homestay terletak di Kg Tampakan, Kudat.

image is not available
Kredit gambar: FB Dreamland Beach Holiday

Kalau dari Airport Kudat ialah 47.0 KM sahaja, ini merupakan tempat yang terbaik untuk tinggal dan menghilangkan penat bekerja atau pun bercuti. Peginapan di sini memang terbaik siap ada Air Conditioning.

image is not available
Kredit gambar: FB Dreamland Beach Holiday

Pemandangan di sini tidak kurang hebatnya, pemandang di sini tersangat cantik, memang berbaloi-baloi. Di sini boleh melakukan seperti menaiki ATV, Camping, memancing dan boat ride.

Sebarang pertanyaan harga dan promosi boleh terus berhubung dengan Facebook mereka di Dreamland Beach Holiday atau berhubung terus melalui whatsapp di 016-832 5331.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/bukan-biasa-biasa-kuching-park-hotel-kini-hotel-pertama-di-sarawak-tawar-robot-perkhidmatan-bilik/

https://www.iloveborneo.my/meditasi-di-hutan-batu-paku-rock-maze-garden-tarikan-baru-di-bau/