Indeks FBMKLCI diunjur berada antara 1,530 hingga 1,560 mata hari ini - Maybank IB

Business & Finance
16 Apr 2024 • 10:27 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Indeks FBMKLCI diunjur berada antara 1,530 hingga 1,560 mata hari ini - Maybank IB

azan

16/04/2024 - 10:27

KUALA LUMPUR 16 April - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengunjurkan Indeks FBMKLCI berjulat antara 1,530 hingga 1,560 mata hari ini dengan sokongan 1,525 hingga 1,508 mata.

Indeks FBMKLCI memulakan minggu ini dengan dagangan yang lemah akibat peningkatan ketegangan geopolitik yang mendorong kepada jualan awal, walaupun beberapa pasaran ekuiti serantau menunjukkan tanda-tanda kestabilan pada penguhujung dagangan.

Katanya, pada penghujung hari dagangan, indeks penanda aras jatuh 8.51 mata, atau 0.55%, untuk ditutup pada 1,542.53 mata.

"Penurunan itu diterajui oleh CelcomDigi Bhd, Axiata Group Bhd, Genting Bhd dan Sime Daby Plantation Bhd," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata, penyusutan pasaran adalah sangat negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 993 berbanding 230.

"Sebanyak 4.28 bilion saham bernilai RM3.25 bilion bertukar tangan.

"Semua indeks sektor didagangkan lebih rendah semalam dengan diterajui sektor hartanah," katanya.

Maybank IB berkata, walaupun tindak balas terhadap saham mewah boleh diramal tetapi syarikat dengan modal sederhana dan kecil masing-masing jatuh 1.29% dan 1.65%. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved