Indeks nilai seunit eksport Malaysia naik 0.5%, import 1% pada Ogos 2023 - DOSM

LocalBusiness & Finance
27 Sep 2023 • 4:49 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Indeks nilai seunit eksport Malaysia naik 0.5%, import 1% pada Ogos 2023 - DOSM

zulfadli

27/09/2023 - 16:49

KUALA LUMPUR 27 Sept - Nilai eksport Malaysia pada Ogos 2023 mencatat peningkatan marginal sebanyak 0.5% kepada 142.3 mata berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Peningkatan tersebut disumbangkan oleh minyak galian dan makanan yang masing-masing menokok sebanyak 5% dan 0.3%, katanya dalam kenyataan Indeks Perdagangan Luar Negara hari ini.

Bagaimanapun, indeks volum eksport turun 1.9% pada bulan sama selaras dengan penyusutan indeks bahan mentah tidak boleh dimakan sebanyak 11% dan alat jentera serta kelengkapan pengangkutan sebanyak 10.7%.

Indeks nilai seunit import turut meningkat 1% pada Ogos 2023, disumbangkan oleh peningkatan indeks minyak, lemak binatang dan sayur-sayuran (9.6%), minyak galian (7%) dan makanan (0.3%).

Selain itu, indeks volum import merosot 2.6% pada Ogos 2023 berbanding bulan sebelumnya berikutan kemorosotan indeks minyak galian (-17.1%), bahan kimia (-3%) dan barang-barang keluaran kilang (-2.7%).

Menurut DOSM, terma perdagangan Malaysia turun 0.5% bulan ke bulan kepada 110.5 mata pada Ogos 2023, didorong oleh kejatuhan indeks minyak, lemak binatang dan sayur-sayuran (-9.2%), minyak galian (-1.9%) dan pelbagai barang keluaran kilang (-0.9%), lapor Bernama.

image is not available

Terma perdagangan Malaysia bagi tahun ke tahun turut susut 1.3 peratus daripada 111.9 mata pada Ogos 2022. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved