Indeks Utama Wall Street Tertekan, EU Pertimbang Balas Tarif Trump?

WorldBusiness & Finance
20 Jan 2026 • 10:30 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) merekodkan kejatuhan selama dua hari berturut-turut pada sesi dagangan Selasa apabila Wall Street dibuka semula selepas cuti panjang hujung minggu.

Indeks utama Wall Street meneruskan prestasi negatif dengan indeks Dow Jones merosot 0.17% kepada 83.11 mata, S&P 500 menyusut 0.06% kepada 4.46 mata dan Nasdaq Composite merudum 0.06% kepada 14.63 mata.

Kejatuhan itu berpunca daripada ancaman Presiden AS, Donald Trump untuk mengenakan tarif baharu ke atas negara-negara Eropah yang menentang cadangan Washington untuk mengambil alih Greenland.

Dalam pada itu, Trump turut memberi amaran bahawa lapan anggota NATO iaitu Denmark, Sweden, Norway, United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Finland dan Jerman berisiko dikenakan tarif sebanyak 10% mulai 1 Februari.

Kadar tersebut akan meningkat sebanyak 25% pada 1 Jun depan sekiranya tiada sebarang persetujuan dicapai dalam tempoh terdekat.

Para pemimpin Eropah mengecam kenyataan itu sebagai ‘tidak boleh diterima’ dan sedang mempertimbangkan kemungkinan langkah tindak balas terhadap tarif Trump.

Sementara itu, saham pengeluar kereta dan firma barangan mewah Eropah jatuh semalam, manakala beberapa saham sektor pertahanan pula mencatatkan peningkatan.

Tumpuan pasaran minggu ini akan terarah kepada laporan pendapatan suku keempat daripada beberapa syarikat gergasi seperti Charles Schwab, Johnson & Johnson, Netflix, Visa dan Intel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved