India: 11 pesalah kes rogol berkumpulan kembali dipenjarakan

8 Jan 2024 • 4:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Mahkamah Agung India pada Isnin memerintahkan 11 banduan dalam kes rogol berkumpulan seorang wanita di negeri Gujarat pada 2002 kembali dipenjarakan.

Mahkamah tertinggi itu membatalkan keputusan kerajaan Gujerat untuk memberikan pengampunan kepada lelaki yang dipenjarakan kerana merogol Bilkis Bano dan membunuh ahli keluarganya, termasuk anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Bano berusia 21 tahun dan hamil lima bulan semasa menjadi mangsa jenayah itu yang berlaku ketika rusuhan yang menyebabkan lebih 1,000 orang kebanyakannya beragama Islam terbunuh.

Beliau menerima pujian meluas atas usahanya untuk mencari keadilan.

Pentadbiran Parti Bharatiya Janata (BJP) membebaskan 11 lelaki berkenaan pada Ogos 2022. -Bernama

View Original Article