
NEW DELHI: India pada Jun mengimport minyak sayuran bernilai US$1.75 bilion, 22.2 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama tahun lepas, menurut data Kementerian Perdagangan.
Import minyak sayuran melebihi US$5.1 bilion dalam tempoh April-Jun, bagi suku pertama tahun fiskal 2022-23 India, mewakili pertumbuhan 24.8 peratus berbanding suku yang sama 2021.
Antara import utama lain bulan lepas, emas bernilai US$2.6 bilion, melonjak 169 peratus daripada Jun 2021.
India minggu lalu menaikkan cukai import emas daripada 10.75 peratus kepada 15 peratus untuk mengawal defisit perdagangan.
Nilai minyak mentah dan produk petroleum yang diimport pada Jun adalah US$20.7 bilion, mencatatkan peningkatan 94 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.
Defisit dagangan bagi Jun adalah US$25.63 bilion, manakala US$70.25 bilion bagi tempoh April-Jun.-Bernama

