India Keluar Arahan Wajib Menyertakan Ciri Radio FM Pada Semua Telefon Yang Dijual

TechnologyDigital
11 May 2023 • 1:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kerajaan India kini telah mengeluarkan arahan kepada semua pengeluar telefon, menyatakan telefon yang dijual dinegara tersebut perlu menyertakan sokongan radio FM. Ciri berkenaan juga dikatakan perlu diaktifkan ketika menjual telefon di negara tersebut.

Dengan langkah ini, India menyasarkan untuk membawa perkhidmatan radio secara meluas kepada semua pengguna – termasuk di kawasan pedalaman. Ia juga akan memudahkan kerajaan dalam penyampaian maklumat menggunakan radio.

image is not available

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, beberapa telefon pintar dengan spesifikasi rendah dan pertengahan masih menyertakan ciri radio FM, tetapi tidak pada telefon mercu. Mungkin dengan langkah ini, kita akan melihat ciri radio FM kembali secara meluas pada semua telefon pintar – apatah lagi dengan India yang kini mempunyai lebih 1 bilion rakyat.