India Kenakan Hukuman Penjara Dan Denda Jika Bakar Mercun Ketika Hari Deepavali

22 Oct 2022 • 11:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pencemaran udara di India

India Kenakan Hukuman Penjara Dan Denda Jika Bakar Mercun Ketika Hari Deepavali. Hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda IDR200 (RM11) bagi setiap individu yang dikenal pasti bermain mercun sempena sambutan Hari Deepavali hujung minggu ini, lapor media.

Amaran tersebut diumumkan oleh Pentadbiran bandar raya Delhi, India bagi mengekang pencemaran udara yang lebih serius melanda ibu negara India itu.

Difahamkan, Delhi adalah ibu kota dengan pencemaran udara yang paling teruk di dunia.

image is not available
India Kenakan Hukuman Penjara Dan Denda Jika Bakar Mercun Ketika Hari Deepavali

Membendung pencemaran udara yang melampau

Peraturan terhadap larangan meluas penggunaan mercun telah diumumkan pada September lepas untuk membantu membendung pencemaran udara yang melampau.

Pelbagai punca lain seperti pelepasan kilang, asap lalu lintas, dan corak cuaca secara amnya telah menyumbang kepada tahap pencemaran yang tinggi di bandar tersebut.

Udara kini menjadi semakin toksik setiap kali tibanya musim sejuk apabila petani di negeri jiran membakar tunggul tanaman.

image is not available
Hukuman penjara dan denda jika bakar mercun Hari Deepavali. Kredit foto: Hindustan Times

Oleh itu, pembakaran bunga api dan mercun akan memburukkan kualiti udara kerana kelajuan angin yang rendah memerangkap bahan pencemar di bahagian atmosfera lebih rendah.

Setakat tahun ini, kualiti udara di Delhi dijangka menurun kepada kategori sangat teruk menjelang perayaan Deepavali pada 24 Oktober ini.

Lagi cerita menarik di sini: