India Kini Mengilangkan 25% Bekalan iPhone Dunia

WorldTechnology
11 Mar 2026 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lalu Apple meningkatkan jumlah iPhone yang dikilangkan di India bagi mengelakkan tarif tinggi. yang dikenakan ke atas produk yang diimport dari China. Semalam Bloomberg melaporkan tahun lalu sekitar 55 juta iPhone daripada 220-230 juta iPhone yang dikeluarkan oleh Apple telah dikilangkan di India dengan ini bersamaan sekitar 25%.

image is not available

Pada asalnya iPhone dikilangkan di India bagi mengambil insentif Make in India oleh kerajaan India dengan potongan cukai diberikan. Dengan harga iPhone lebih mampu milik, Apple ingin menakluk pula pasaran India yang selama ini didominasi oleh Android. Hasilnya tahun lalu 14 juta iPhone dijual di India bersamaan peningkatan 9% berbanding 2024.

Isu tarif yang masih belum diselesaikan di Amerika Syarikat memaksa Apple memindahkan pengeluaran dari China. Sebelum ini pemindahan dilakukan kerana gangguan disebabkan oleh pandemik. Kerana Tarif Trump pengeluaran cip dan Mac Mini kini juga akan dikembalikan semula ke Amerika Syarikat.