India rampas barangan antik bernilai lebih US$3 juta

12 Sep 2023 • 9:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Agensi antipenyeludupan India Direktorat Perisikan Hasil (DRI) telah merampas barangan antik dan artifak bersejarah dengan anggaran nilai lebih US$3.2 juta, kata pegawai pada Selasa.

Rampasan itu dibuat di pelabuhan Mundra di negeri barat India Gujarat, dalam satu operasi sebagai sebahagian daripada usaha berterusan agensi tersebut untuk melindungi warisan budaya global, menurut pegawai.

“DRI telah merampas barangan vintaj, barangan antik dan artifak sejarah, dianggarkan bernilai lebih US$3.2 juta dalam pasaran, daripada satu konsainan import,“ menurut kementerian kewangan persekutuan dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Operasi itu dilakukan berdasarkan maklumat yang melibatkan sebuah kontena import yang dihantar dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang diisytiharkan sebagai bagasi dan barangan peribadi.

“Semasa pemeriksaan, kontena itu didapati mengandungi patung-patung lama, peralatan vintaj, lukisan, perabot antik, dan barangan warisan berharga lain. Beberapa barangan ini dari abad ke-19,“ kata kementerian itu.

“Beberapa barangan itu diperbuat daripada batu permata, emas, perak atau bersalut emas/perak.”

Pegawai berkata, majoriti objek yang dirampas adalah dari negara Eropah, terutamanya Britain dan Belanda.

“Konsainan itu dinilai sangat rendah untuk mengelak duti kastam,“ menurut kenyataan kementerian itu lagi. “Barangan seperti ini mempunyai permintaan yang besar dalam pasaran haram.” -Bernama

View Original Article