India, Sri Lanka sambung semula penerbangan antara Chennai dan Jaffna

12 Dec 2022 • 7:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

COLOMBO: Penerbangan terus antara Jaffna di utara Sri Lanka dan Chennai di selatan India disambung semula pada Isnin selepas kali terakhir sebuah pesawat penumpang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jaffna kira-kira tiga tahun lalu.

Menteri Pelancongan Sri Lanka Harin Fernando berkata Alliance Air India akan mengendalikan empat penerbangan mingguan antara Jaffna dan Chennai yang akan meningkatkan pelancongan dan perjalanan perniagaan ke utara Sri Lanka, lapor Xinhua.

Beliau berkata penerbangan terus dari utara semenanjung Jaffna ke Chennai disambung semula selepas menghentikan perkhidmatannya berikutan pandemik Covid-19.

Kementerian Pelancongan berharap penyambungan semula penerbangan itu dapat meningkatkan pelancongan di utara Sri Lanka sekali gus dapat mengukuhkan ekonomi di kawasan itu.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved