Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM

LocalPolitics
19 Mar 2024 • 11:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di Bangunan Parlimen, pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) hari ini bersetuju agar Jabatan Perangkaan (DOSM) membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat itu di Bangunan Parlimen berkata, indikator tersebut adalah bagi membantu kerajaan merangka pelaksanaan program lebih tepat dan berkesan.

Beliau berkata, NACCOL juga membincangkan secara terperinci beberapa perkara berkaitan kos sara hidup rakyat khususnya isu harga dan ketersediaan bekalan beras dalam negara.

"Beberapa mekanisme jangka pendek telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Anwar berkata, beliau turut menekankan keperluan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan atas peluasan skop dan perubahan kadar Cukai Perkhidmatan yang dilaksanakan ke atas beberapa perkhidmatan terpilih.

"Dalam hal ini, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) telah melancarkan pemeriksaan khas di bawah Op Kesan bermula 1 Mac lepas bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya,” kata beliau. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved