Individu bagi kucing makan ikan salmon RM80, orang gaji masak goreng kunyit kering sangat

LocalEntertainment
13 Nov 2024 • 4:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hangat menjadi bualan di platform X apabila seorang pengguna dikenali graphickitty berkongsi telah bagi kucing makan ikan salmon bernilai RM80 dimasak pembantu rumahnya.

Menerusi ciapan tular, individu itu memberitahu ketika di turun ke tingkat bawah, dia melihat pembantu rumahnya masak ikan salmon goreng kunyit dan membuatkan dirinya terkesima.

“Saya turun ke bawah dan pembantu rumah masak ikan salmon bernilai RM80 goreng kunyit??? WHAT,”ciapnya.

image is not available

Bagi kucing makan ikan salmon

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka menyifatkan individu berkenaan seperti usahawan sensasi, Vivy Yusof dalam kajian universiti ‘An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media’, baru-baru ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Goreng ikan kering sangat!

Bagaiamanapun, individu berkenaan menjelaskan situasi sebenar di mana ibunya telah memberi arahan kepada pembantu rumah itu untuk masak bagi seorang makan sahaja.

Malangnya, pembantu rumahnya masak ikan salmon itu dalam kuantiti yang banyak dan tidak boleh dimakan kerana kering sangat.

“Sebab kering sangat digorengnya,
“Ibu saya telah memberi arahan untuk dia (pembantu rumah) masa untuk dia seorang sahaja makan sebab tiada sesiapa di rumah.
“Ibu saya juga cuba makan sikit tapi tak boleh, jadi bagi kat kucing sahaja,”jelasnya.

image is not available

Kredit: Carian Google | Sekadar gambar hiasan

Apa pun, sedap je kalau nak masak salmon jadi lauk melayu seperti asam pedas, masak lemak, kari, tomyam dan sebagainya.

Sumber: X graphickitty