Individu dakwa berlari, joging boleh rosakkan kaki – “Ia scam terbesar, lariskan jualan kasut”

LocalHealth & Fitness
3 Oct 2024 • 1:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial video memaparkan seorang individu mendakwa berlari dan joging boleh rosakkan kaki dan ia merupakan penipuan yang dirancang oleh Yahudi terutamanya jenama terkenal dalam sukan.

Menerusi satu hantaran di TikTok, saadabiwaqas7 telah memuat naik satu video menjelaskan bahawa berlari atau joging sebenarnya tidak baik untuk badan dan ia adalah penipuan terhadap seluruh manusia.

Individu dakwa berlari dan joging boleh rosakkan kaki

“Saya nasihatkan pada semua orang, jangan berlari atau joging. Sebab apa? Sebab dia adalah satu penipuan yang besar yang dibawa oleh Yahudi atau syarikat Yahudi,” katanya.

Tambah individu tersebut, syarikat-syarikat tersebut sebenarnya mendoktrin orang ramai untuk berlari atau berjoging demi melariskan jualan produk mereka.

“Mereka ini, sebenarnya mereka ni dah doktrin kita supaya joging untuk lariskan kasut-kasut yang mereka keluarkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, individu tersebut turut menasihati orang ramai untuk melakukan aktiviti kesukanan lain seperti berjalan dengan laju kerana ia lebih bermanfaat.

Joging boleh rosakkan kaki?

image is not available

“Jangan kena tipu. Jadi apa yang terbaik untuk kesihatan adalah berjalan laju. Yahudi ni, kerja dia nak rosakkan kehidupan manusia. Kalau korang nak bersukan, korang boleh memanah, naik kuda, naik basikal atau berenang.

“Kalau pasal kasut pun dorang boleh tipu, apatah lagi mengenai kehidupan kita hari ini. jadi janganlah terus ditipu dan ditipu.

“Sebab bila kita berjalan kaki laju ni, kadar penurunan kalori ataupun berat badan dengan lemak2 tepu, dia lagi cepat membakar,” sarannya.

Pada masa yang sama, individu tersebut juga berkata berlari atau berjoging boleh menyebabkan kerosakan pada tisu dan penjajaran kaki rosak sekaligus merosakkan badan.

“Kalau korang berlari, kaki korang akan rosak. Korang punya tisu-tisu dan alignment di kaki tu akan rosak. Jadi, hati-hati, ini penipuan terbesar dalam kehidupan manusia,” jelasnya.

image is not available

Bagaimanapun, menurut individu itu, jika seseorang itu tetap mahu berlari, mereka boleh lakukannya dalam keadaan sprint atau pecut namun hanya dalam masa 10 minit.

“Kalau nak berlari, boleh lari tapi lari dalam sprinter, secara sprint dalam masa 10 minit sahaja,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang tidak bersetuju dengan kenyataan daripada individu tersebut disamping mempersoalkan kesahihan maklumat daripada individu itu.

Joging pun okay, takde makna penipuan

image is not available

Setiap sukan ada kelebihan masing-masing

image is not available

Dapat kajian dari mana?

image is not available

image is not available

Lain macam, joging boleh rosakkan kaki

image is not available

Sebab tu penting ilmu, joging boleh rosakkan kaki tu salah

image is not available

Lepasni pemain bola sepak jangan berlari

image is not available

Data mana bagitau lemak tepu boleh hilang dengan berjalan?

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada warganet yang bersetuju dengan kenyataan individu tersebut dan berkata mereka juga mengamalkan berjalan pantas.

Betul, saya dengan suami amalkan jalan laju je

image is not available

Berjalan 3 bulan, turutn berat badan

image is not available

Jalan laju dan joging perlahan. Bukan lari 1 Kuala Lumpur

image is not available

Sumber: TikTok saadabiwaqas7