Individu Dakwa Penjual Air Balang Guna Air Paip Dari Tandas Jadi Perhatian [Video]

LocalFood
10 Jun 2026 • 12:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Individu Dakwa Penjual Air Balang Guna Air Paip Dari Tandas Jadi Perhatian [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Air balang sering menjadi pilihan kebanyakan individu setiap kali berkunjung ke pasar malam atau jualan makanan.

Manakan tidak, kebanyakan minuman dijual dengan pelbagai pilihan perisa dan warna menarik boleh membuat ramai terpikat untuk menikmatinya.

Namun ada kisah kurang enak di sebalik penyediaan air balang yang menjadi kegemaran ramai ini.

Lelaki Dakwa Peniaga Ambil Air Terus Dari Paip Buat Air Balang

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang individu yang mendakwa seorang peniaga air balang yang mengambil air terus dari paip tandas.

Perkara itu dikongsikan oleh individu terbabit menerusi satu hantaran di Threads @zaidonmuhammadamri.

Menerusi perkongsian itu juga, individu yang dikenali sebagai Zaidon turut berkongsi video yang menguatkan lagi kenyataannya itu.

Peniaga Isi Air Terus Dari Paip Yang Disambung Dalam Tandas

Apa yang menjadi perhatian adalah balang berkenaan diisi air dari paip yang disambung dengan tandas awam di lokasi terbabit sehingga memenuhi separuh balang.

Menerusi video berasingan, dapat dilihat seorang lelaki kemudiannya membawa dua balang yang dipercayai telah diisi dengan air paip tersebut menggunakan sebuah troli menuju ke satu tempat.

Dakwa individu berkenaan, air balang tersebut dijual dalam sebuah acara yang diadakan di lokasi berkenaan.

“Peniaga air boleh tak senonoh sikit perangai, ambil air direct (terus) dari pili tandas macam ni, time event pulak tu.

“Lepas tu caj air RM5. Nak caj mahal tu orang boleh faham, tapi biarlah berbaloi.

“Kembang tekak tengok. Tapi ni saya rasa segelintir je,” tulisnya.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada air berkenaan digunakan untuk membancuh air minuman atau sekadar dijadikan air bilasan dalam balang terbabit.

Selain itu, lokasi kejadian juga tidak dikongsikan menerusi hantaran terbabit.

View on Threads

Ramai Geram Lihat Tindakan Peniaga Isi Balang Dengan Air Dari Tandas, Percaya Air Digunakan Untuk Bancuh Minuman

Perkongsian yang telah mendapat lebih 284,000 tontonan nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Meskipun pemilik video tidak menyebut penggunaan air paip dari tandas untuk membancuh namun ramai yang percaya itulah keadaan sebenarnya berdasarkan apa yang ditulis olehnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan perbuatan peniaga air balang terbabit yang mengisi air terus dari pili paip yang disambung dari tandas.

Pada masa sama, ada juga yang meluahkan rasa geram dengan sikap peniaga berkenaan yang dilihat mengambil mudah tentang aspek kebersihan yang boleh mengundang bahaya kepada si pembeli.

Malah, ada warganet yang juga merupakan peniaga air turut berang kerana tindakan sebegitu disifatkan boleh mencemarkan nama peniaga lain sedangkan mereka membuat minuman dari air yang telah dimasak.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Isu Ini Memang Nampak Kecil Tapi Sebenarnya Soal Kebersihan & Etika Berniaga. Ambil Air Terus Dari Pili Tandas Lepas Tu Jual RM5 Time Event Memang Tak Wajar”

Image from: Individu Dakwa Penjual Air Balang Guna Air Paip Dari Tandas Jadi Perhatian [Video]

“Sebab Tu Aku Stop Beli Air Balang Ni Walaupun Segelintir Je Yang Buat”

Image from: Individu Dakwa Penjual Air Balang Guna Air Paip Dari Tandas Jadi Perhatian [Video]

“Merosakkan Peniaga Air Balang Yang Lain, Saya Hari-Hari Tapis Air Coway Untuk Air Balang”

Image from: Individu Dakwa Penjual Air Balang Guna Air Paip Dari Tandas Jadi Perhatian [Video]

“Meniaga Tak Ikhlas Macam Inilah, Meniaga Semata Duit Bukan Fikir Pun Kesihatan Orang Lain”

Image from: Individu Dakwa Penjual Air Balang Guna Air Paip Dari Tandas Jadi Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Geli Tekak Aku” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Daun Pisang Balut Pulut Sambal Yang Dibeli Kotor [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Habis Debu Lekat!” – Wanita Kecewa, Dakwa Peniaga Letak Makanan Terdedah Belakang Trak Pikap

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Di Indonesia Basuh Pinggan Guna Air Sampah [Video]