Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook

22 Sep 2023 • 8:19 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Scammer’ kuih bulan

Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook. Seorang peniaga mendakwa kerugian RM35,000 apabila hanya menerima 807 daripada 969 set kuih bulan yang ditempahnya daripada seorang individu menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata mangsa yang juga pengusaha butik di sini memaklumkan membuat tempahan daripada individu dikenali Mr Kong pada 9 Ogos lalu.

image is not available
Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook. Kredit: Berita Harian

Katanya, mereka turut berhubung melalui telefon untuk berurus niaga, dengan suspek menggunakan nombor 016 7282477.

“Mangsa membuat tempahan sebanyak 969 set kuih bulan dan memasukkan wang tunai ke akaun RHB Bank milik suspek sebanyak RM79,860.60.

“Sehingga sekarang, mangsa hanya menerima sebanyak 807 set kuih bulan yang bernilai RM44,860.60 manakala bakinya belum diterimanya adalah dianggarkan bernilai RM35,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Brodie berkata mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong pada jam 1.31 petang, 19 September lalu.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu status penjual sekiranya mahu membuat urus niaga dalam talian bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber (Phone Scam, Love Scam, e-Dagang, Pinjaman Tidak Wujud dan sebagainya) atau sekiranya baru sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-dompet suspek.

image is not available

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui aplikasi Check Scammers CCID melalui laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article