Individu Dari Kuching Dan Kota Kinabalu Menang Jackpot Bernilai Lebih RM10 Juta

30 Apr 2024 • 1:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masing-masing menang lebih RM5 juta

Individu Dari Kuching Dan Kota Kinabalu Menang Jackpot Bernilai Lebih RM10 Juta. Baru-baru ini, tiga pemenang bertuah telah memenangi jackpot Toto 4D bernilai jutaan ringgit. Difahamkan bahawa dua daripada tiga pemenang yang bertuah tersebut adalah orang Sabah dan Sarawak.

Pemenang pertama dari Inanam, Kota Kinabalu telah membawa pulang RM5,346,016.45 dengan meneka nombor 1, 10,873,233.80. Pemenang kedua dari Padungan, Kuching turut memenangi RM5,346,016.45 dengan nombor 1, 63 pada lokasinya. Manakala pemenang ketiga dari Petaling Jaya telah membawa pulang RM181,220.90 dengan nombor 7.

image is not available

Individu Dari Kuching Dan Kota Kinabalu Menang Jackpot Bernilai Lebih RM10 Juta

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada individu menang tersebut kerana keberuntungannya memenangi Jackpot itu.

Dalam pada itu, segelintir warganet turut menyatakan bahawa keajaiban boleh berlaku dalam kehidupan seseorang tanpa disangka-sangka.

Baca juga artikel berkaitan di bawah: